.
Ye.. senyuman itu yang memikat. Kerana wajah dia yang tenang itu aku terpikat dan terikat. Perlahan mata dia buka.
.
.
"Sayang? . "Suara dia yang serak - serak basah itu yang setiap malam menyanyikan lagu lunak buat aku hanyut ke alam mimpi.
.
.
"Hye, lenanya tidur.. " ucap aku perlahan. Rambutnya yang sedikit serabai itu aku rapikan.. Matanya kuyu.. letih barang kali. Tangannya melingkar disekitar pinggang aku.. "Lapar tak? , kalau lapar i masak.. ". Soalan aku dijawap dengan anggukkan.
.
.
"Nak request menu boleh? ". Soal dia penuh manja. Ye.. dia lelaki segak, tetapi tingkahnya bersama orang tersayang sangat manja..
.
.
"Mestilah boleh, you nak apa?. " soalan itu berjaya membuatkan dia tersenyum lagi..
.
.
.
"Emm.. emm.. apa - apa pun i okayh, asalkan benda tuh air tangan you." jawap dia. Aku ketawa senang dengan tingkahnya.
.
.
"Sayang happy? ". Soal dia tiba - tiba.. aku ketawa perlahan. Faham dengan soalannya. Pipinya aku usap perlahan.
.
.
"Takkan tak happy, mestilah happy. "Lagi sekali dahinya aku cium. Dia suka dengan tingkah aku yang satu itu. "Thanks. Sayang.... Sekarang kita boleh hidup bahagia. "Ucap aku lagi. Tanda penghargaan atas kerjanya hari ini.
.
.
"Belum selesai lagi sayang. "Aku sedikit terkejut bila dia berkata sebegitu.. . . "Why belum selesai lagi? " soalan aku dijawap dengan segihan.
.
.
"Sayang kata nak masakkan untuk I...." Bila dia berkata sebegitu aku tahu dia tak nak aku tahu tentang sesuatu. Ada perkara belum selesai dan aku buntu apa lagi yang belum selesai..
.
.
"Okayh.. I pergi masak." Aku bingkas bangun dari pembaringan. Pintu aku buka perlahan - lahan. Aku menuju ke ruang dapur. Segala bahan untuk memasak aku keluarkan dari peti sejuk beku. Hari ini aku hendak masak sesuatu yang sedap.
.
.
"Khai tuh bila nak bangun?". soal ayah. Mungkin marah dengan sikap khai yang hanya duduk didalam bilik tanpa bertemu keluarga aku." Kamu dah nikah nak dekat dua tahun dah, bila nak ada baby?. " soal ayah lagi.
.
.
Aku senyum dengar soalan ayah..
.
.
"Ayah.. khai dah bangun lama dah ayah, cuma dia tengah menulis buku terbaru dia. "
.
.
ayah geleng kepala lalu mengeluh perlahan.
.
.
"Ayah.... "Aku panggil perlahan. Ayah mendekati.
.
.
"Kenapa?."Soal ayah.
.
.
"Sebenarnya kami balik ni. Nak tenangkan fikiran dia. Kawan kesayangan dia baru meninggal beberapa hari yang lepas.".
.
.
Perlahan aku bisik pada ayah. Aku tahu dia didalam bilik boleh dengar dengan jelas segala bicara aku dengan ayah walaupun aku bercakap secara berbisik.
.
.
Ada perkara yang ayah tak perlu tahu..
.
.
Aku tahu dia masih mendengar segala perkataan yang keluar dari mulut aku. Walaupun aku baru berkahwin dengannya satu tahun lebih tapi aku sudah kenal dia dari pertama kali aku jejakkan kaki di universiti.
.
.
Aku terkenang.
.
.
Dulu...
.
.
Dia pelajar bedu.. baju bercorak kotak - kotak.. seluarnya besar tak mengikut tren terkini.. dia kehulur kehilir mencari tempat pendaftaran. Bila dia mendekati sekumpulan orang.. kumpulan itu pasti tak akan menghiraukannya. Ada juga apabila di hampiri dengan segera beredar. Akhirnya dia sampai kepada aku. Tanpa dia berkata - kata. Aku menyuruh dia mengikut aku menuju ke tempat pendaftaran. Sepanjang ke meja pendaftaran semua mata memandang kami.
.
.
"Eeuu.. berani nya perempuan tuh layan lelaki tuh. "
.
.
"Tengoklah.. mata lelaki tu bengkak.. rambut serabai.. "
.
.
"Baju pun compang - camping "
.
.
Sesampai je di meja pendaftaran. Aku senyum kepadanya.
.
.
"Terima kasih. " perlahan suara dia.
.
.
" Sama - sama. "Lagi sekali aku hulurkan senyuman ikhlas buat dia. Dia seperti tergamam. Aku tinggalkan dia di situ..
.
.
Sepanjang satu minggu aku disana. Aku tidak lagi melihat dia dimana-mana. Yang sempat aku dengar di meja pendaftaran namanya khairul Aiman bin khai Amzar.
.
.
.
.
Sejak peristiwa itu. Tiada siapa berkawan dengan aku. Bagi mereka aku manusia pelik.
.
.
Di cafe.
.
.
"Hai. " tegur satu suara.
.
.
Aku pandang sekeliling. Seorang lelaki yang tak pernah aku kenali. Berdiri segak dihadapan aku. Menghulur senyuman manis. Terserlah lesung pipit pada pipi belah kirinya. Rambut sedikit perang. Aku kenal rambut tuh.
.
.
Semua mata memandang dia.
.
.
Perempuan murah mula ketawa manja. Cuba menarik perhatian. Dia duduk dihadapan aku tanpa dipelawa.
.
.
Aku diam. Tunduk memandang pinggan.
.
.
"Tak kenal i ke?. "
.
.
Soalan dia aku biarkan sepi..
.
.
Dia minum air aku tanpa izin. Aku bingkas bangun rimas dengan kehadiran manusia yang tidak aku kenali.
.
.
'Siapa dia. '
.
.
Soalan itu terus bermain di dalam minda.
.
.
"Tak sangka. Pakai baju kurung, Pakai tudung tapi main lelaki. "
.
.
"Saja lah tuh acah dia hot. "
.
.
"Konon dia gadis melayu terakhirlah. "
.
.
Segala bisikan itu aku dengar sepintas lalu. Dengan segera aku beredar dari cafe.
.
.
Seminggu selepas itu.
.
.
"Kematian sekumpulan pelajar perempuan. "
.
.
"Mulut mereka dirobek. Leher dijerut mengunakan wayar "
.
.
Mayat mereka tergantung pada sebatang pokok.
.
.
Kecoh empat sekawan di gantung di pokok besar itu.
.
.
Aku tak kenal mereka siapa dan siapa yang melakukannya. Tetapi aku ingat, mereka lah yang melepaskan kata - kata nista sewaktu aku di cafe kolej itu.
.
.
"Masih belum selesai.... "
.
.
"Apa yang belum selesai? "
.
.
Aku kaku.. Soalan dari ayah mengejutkan aku dari termenung.
.
.
Bersambung :)
Weh macam laki yang dalam bilik tuh jeh pembunuh dia . Ala suspen ahh
ReplyDeletehaha..sorry baru sedar ada comment . eventho cerpen jerut ni dah habis hahahaha. lain kali i peka eh kalau ada comment . sorry sangat . selalu - selalu lah baca blog saya :)
Delete