Bunyi enjin kapal terbang itu membuatkan aku tidak selesa. Dia pakaikan aku earphone. Lalu hulur senyuman menawan milik dia. Aku balas dengan senyuman manis khas buat dia. Kepala aku lentokkan manja pada bahu dia. Dia buka sedikit earphone aku. Lalu membisikkan sesuatu yang buat aku tersenyum.
.
.
Aku pandang dia.
.
.
"I love you too dear. "
.
.
Mata nya bersinar bahagia tapi hanya seketika aku dapat lihat dendamnya yang membara.
.
.
.
.
-Khai-
.
.
Sudah setahun lebih aku berkhawin dengannya. Ye dia gadis yang sangat istimewa menerima kekurangan aku dengan rela. Dia sanggup duduk berdiam diri. Aku tahu dia tidak gemar dengan kerja yang aku lakukan tapi dia tetap bertahan disisi aku. Aku cium dahi dia yang sedang nyenyak dibuai mimpi. Harap dia merasa kasih aku yang tiada tolak banding lagi.
.
.
.
"Ini yang terakhir sayang lepas ni dah tak ada lagi dah, kita bebas sayang. "
.
.
.
Kapal terbang sudah mendarat dibumi Thailand. Aku gerak dia yang sedang lena disisi aku.
.
.
.
"Hmmm.. khai.. "
.
.
"Bangun sayang dah sampai dah. "
.
.
Aku nampak dia ukir senyum kecil.
.
.
"I tahu you dah bangun. "
.
.
.
Dia tertawa.
.
.
.
"Amboi manja sungguh isteri kamu ye. "
.
.
Aku dapat lihat seorang wanita tua yang sedikit berumur berkata di sebelah isteri aku. Aku hulur senyum. Isteri aku capai tangan dia untuk bersalam.
.
.
.
Petang.
.
.
.
Aku bangun dari lena. Kami menginap di sebuah hotel ditepi pantai. Khai masih dibuai mimpi. Mungkin letih dengan perjalanan yang di ambil. Aku harap semua ini berakhir. Aku akan pastikan si celaka yang buat hidup dia menderita selama ini akan tamat kali ini. Sudah beberapa kali perangkap aku terhadap si celaka itu tak mengena. Khai harus tahu. Aku sudah letih berpura-pura.
.
.
.
.
"Sayang, you better tidur sekarang nanti you letih. Ha... habis semua plan bercuti kita.. "
.
.
.
.
.
Aku ukir senyum. Khai masih pejamkan mata walaupun bibirnya mengukir senyum.
.
.
.
Malam itu aku dinner bersama khai. Khai bersikap manja dengan aku. Kami banyak tertawa.
.
.
.
Di bilik hotel.
.
.
.
.
Khai memejamkan mata. Tapi aku tahu dia belum tidur. Aku hanya mendiamkan diri disebalik selimut. Tidak lama selepas itu aku dapat rasa dia bangun dari pembaringan secara perlahan lahan.
.
.
.
"Ye, saya tahu abang.. saya harap abang faham ini kali terakhir saya akan lakukan. "Aku dapat dengar dengan jelas dia berbicara melalui telefon bimbitnya.
.
.
.
.
Dia cium dahi aku perlahan.
.
.
.
"Ni last sayang.. last.. "
.
.
.
'ye.. last.. aku akan pastikan celaka tuh tak boleh dah bagi arahan pada kau. ' aku balas di dalam hati.
.
.
Tanpa dia ketahui. Aku telah buat rancangan tersendiri. Tak lama selepas dia keluar. Aku menyarungkan baju yang agak menojolkan setiap inci tubuh aku..
.
.
.
Malam ini aku ada misi..
.
.
.
Aku ketuk pintu dia. Wajah dia mengoda. Sudah beberapa hari aku mendekatkan diri dengan si celaka ini melalui facebook itu. Aku mengunakan gambar ll wanita seksi sebagai umpan. Akhirnya aku dijemput ke bilik dia. Aku dapat lihat seorang gadis sedang menangis ditepi katil nya. Aku kenal gadis itu. Dia adalah maya. Dia rakan karib ku sewaktu di sekolah menengah.
.
.
'Tahan diri kau. 'Aku bisikkan semangat pada diri sendiri.
.
.
Si celaka ni bernama Aisy. Aku dah kaji segala benda berkaitan dengan dia. Dia ni bukan sebarang orang, dia ni bijak. Dia kaji penyakit - penyakit yang pelik -pelik dan cuba teka dia merupakan doktor pesendirian untuk suami aku. Ye si celaka inilah gunakan suami aku. Siapa sangka suami aku yang kelihatan normal itu sebenarnya mempunyai masalah metal. Dia akan menurut segala perintah dari seseorang yang dia sayangi tanpa membantah. Dia telah rawat suami aku selama dua tahun dan telah membuatkan suami aku sayang dirinya seperti abang kandung nya sendiri. Sedangkan siapa sangka. Abang kandung suami aku telah dibunuh oleh doktor ini sendiri tanpa suami aku ketahui.
.
.
Tangan aisy mula merayap di sekitar tubuh aku. Aku dapat dengar nafas dia di telinga aku. Tanpa fikir buat kali kedua. Aku tusuk leher dia mengunakan serpihan kaca pecah yang aku jumpa sewaktu bejalan dipantai semalam. Mata dia terbeliak. Aku pusing kaca itu. Aku dapat dengar nafas dia kuat dan akhirnya Dia sudah terkulai di atas katil tangannya bergerak - gerak. Maya masuk kedalam bilik dengan mulut ternganga.
.
.
"Sorry maya, aku tak dapat selamat kan kau lebih awal. " Aku peluk tubuh maya. Maya mengeletar.
.
.
"Q, awak bunuh dia ke?. " ada gentar dalam suara maya. Aku tahu dia takut.
.
.
"Saya bunuh dia? Tak mungkin lah.. dia bunuh diri sendiri... jom keluar dari sini.. "Aku tarik tangan maya untuk beredar dari situ. Segalanya telah aku aturkan. Segala bukti kewujudan maya telah aku upah seseorang untuk hilangkan.
.
.
Aku telah hantar maya ke bilik yang lain. Sedangkan aku masuk ke dalam bilik semula.. beg plastik sampah hitam aku capai. Aku buka rambut palsu dan plastik yang melindungi rambut aku dari jatuh di mana -mana. Sarung tangan plastik yang lut sinar mengikut warna tubuh juga aku tanggalkan. Segala pakaian aku pada malam ini telah aku tanggalkan. Aku keluar mengikut tingkap. Aku pergi ke pinggir pantai segala benda itu aku bakar sementara aku membasahkan diri di dalam laut. Aku naik semula untuk melihat segala sisa bukti tersebut. Aku buang ke laut satu persatu ke dalam laut.. selebihnya aku timbus ke dalam pasir.
.
.
Sedang aku dalam pejalanan ke bilik aku dapat lihat susuk tubuh seperti menarik sesuatu. Aku tergamam.
.
.
.
'Khai.'....
.
.
Aku dapat lihat tubuh yang ditarik itu sedikit meronta melalui sinar bulan pada malam itu..
.
.
khai gantung mayat itu di pokok besar ditepi pantai tersebut. Aku segerakan langkah kedalam bilik. Aku mandi dengan segera dan membaluti tubuh aku dengan tuala. Aku bergerak keluar dari tandas dan dapat lihat dia berdiri di sisi katil. Dia tersenyum puas.
.
.
"You pergi mandi dulu. I dah mandi sebab rimas. "
.
.
Dia tanpa membantah segera masuk ke dalam tandas. Aku merebahkan diri di atas katil. Aku juga tersenyum puas. Si celaka itu sudah mampus. Maya sudah selamat. Khai juga sudah selamat.
.
.
Aku dapat dengar pintu tandas terbuka. Tidak lama selepas itu lengan khai sudah berada di sekitar pinggang aku.
.
.
"Let's sleep dear." Dia berbisik perlahan di telinga aku. Aku cium dahi dia sebelum aku juga turut nyenyak dibawa ke alam mimpi.
.
.
Pada pagi itu.
Aku membaca segala berita mengunakan tablet aku.
.
.
.
"Impian usahawan muda untuk bercuti bersama tunangnya berakhir dengan tragedy. "
.
.
"Apa salah usahawan muda ini? "
.
.
"Digantung mengunakan wayar, dan lidahnya telah dikerat. "
.
.
"Telinganya juga telah di siat - siat. "
.
.
Aku hanya membaca sepintas lalu segala comment yang ditulis oleh penulis - penulis surat khabar Globalisasi ini.
.
.
Berita mengenai usahawan muda itu sudah tersebar meluas kerana keberanian pembunuh.
.
.
Khai pandang wajah aku dengan binggung.
.
.
Aku kerut dahi.
"Kenapa?. "
.
.
Aku soal dia perlahan.
.
.
"Kenapa abang tak angkat call I?. "
.
Dia tanya dengan suara yang risau.
.
.
Aku ukir senyum. "Kan abang kata ini last. So buat apa dia angkat call you dah. Dia nak bagi you bebas dengan hidup you lah tuh. " aku pujuk dia dengan lemah lembut.
.
.
Pada mulanya dia seperti tidak mahu menerima. Tetapi lama kelamaan dia tersenyum juga akhirnya.
.
.
.
.
Ada lagi seorang yang perlu aku selesaikan.
.
.
.
Bersambung :)
.
.
.
.
Thanks kerana sudi membaca. Sila beri comment dan cadangan. Cuba teka?? Lagi berapa eps nak habis?? Yep.. 2 eps je lagi. Dan akan menyusul cerita lain pula ye. Sorry sebab lama sangat tak update. Huhuhu.. tak tahu lah why dengan sis ni.. asyik tak ada mood je. Kahkahakah.. pape pun i love you.. thanks sangat ll sebab sudi baca cerita saya ni.
.
.
.
.
Lot of love
Q
0 comments:
Post a Comment