Mata - eps 2



                 Dia tenung muka di hadapannya satu persatu. Ada satu wajah yang begitu dia kenali. perlahan - lahan wanita itu mendekati dia. Dia tenung wanita itu dengan mata membulat. Suasana bilik sunyi sepi walaupun didalam bilik itu terdapat beberapa orang lain yang di tangannya ada beberapa buku dan diluar bilik berdinding kaca itu dia dapat lihat ramai lagi manusia yang sedang memerhati dirinya. wanita itu makin hampir dengan dirinya. Matanya dilarikan dari memandang wanita itu. Matanya mempunyai tugas lebih penting dari melihat wanita itu. Dia tenung wajah manusia yang berada dalam bilik itu . Matanya tengah memandang . Otaknya save muka setiap satu manusia itu dalam memori .
.
`aku akan pastikan kau semua menderita macam aku rasa sekarang ni.'
.
Desis hati Aril.
.
.
Tanpa mereka duga. Dia ukir senyum. Matanya yang tadi membulat memandang mereka kini kembali kendur.
.
.
"ibuuuuuuuuuuuuu."
.
.
Semua yang berada disitu kaku. Terkejut dengan perubahan ketara yang terjadi secara tiba - tiba.
Puan Suraya peluk tubuh itu dengan segera. Tidak dihiraukan mata - mata yang memandang. Hanya dirinya yang tahu bertapa dia merindukan anaknya itu. Setelah lima tahun dia berpisah dengan anaknya itu apabila suaminya yang disyaki doktor mempunyai masalah jiwa melarikan anaknya lima tahun dahulu. Sungguh hatinya tidak tenang apabila mendengar berita tentang kes pembunuhan yang saban hari semakin banyak umpama virus yang tiada hentinya. Setiap hari dia akan ke bilik mayat untuk melihat sama ada mayat yang temukan itu adakah mayat tersebut tubuh anaknya. Tiada siapa mengerti betapa dia gementar setiap kali masuk kedalam bilik mayat. Berdoa yang akan dilihat bukan tubuh anaknya.
.
.
Setelah sebulan menguruskan segala urusan berkenan Aril. Akhirnya, anaknya itu dapat dibawa pulang. Puan Suraya teruja.
.
.
Ketika ini dialah manusia yang paling bahagia. dia terlampau gembira dengan kehadiran anaknya dirumah itu. Sudah lama di hidup bersendirian di rumah agam itu.
.
.
Suaminya bukanlah dari golongan miskin malah mempunyai pelbagai perniagaan yang diwarisi oleh suaminya. Puan Suraya tersenyum melihat Aril yang sudah kembali normal seperti sedia kala. Pantas tangan itu mengambil alat kawalan jauh televison. Kadang - kadang kedengaran ketawa kecil dari hadapan. Puan Suraya turut tersenyum setiap kali mendengar Aril ketawa.
.
.
" Adik tengok cerita apa ketawa seronok sangat?." Soal Puan Suraya ingin tahu.
.
.
" Tak tengok pape pun, cerita kartun je ." Jawab Aril pantas.
.
.
" oh.. okay.. Mari makan dulu."
.
.
Dengan segera tubuh Aril muncul di bahagian dapurnya.
.
.
"Ibuu. Nak Aril tolong apa - apa tak ?"
.
.
" Tak perlu ibu boleh buat, Aril pergi dekat meja."
.
.
Mata Aril meliar. Melihat semua juadah yang berada di atas mejanya itu. Tiba - tiba tekaknya berasa kembang. Sudah lama dia tidak dijamu dengan juadah seperti itu. Tekaknya berasa tidak selesa. Tetapi dia cuba menahan diri dari terus memuntahkan isi perutnya yang tiba - tiba sahaja meragam.
.
.
" Ini kegemaran Aril." Ucap Puan Suraya seraya meletakkan ayam masak merah di dalam pingan Aril. Aril paksa diri untuk senyum. Hatinya tiba - tiba sahaja pilu. Dia rindukan ayahnya.Dia rindukan hidangan yang ayahnya bawakan saban hari. walaupun sikit , rasa yang diberikan sangat menyelerakan.
.
.
Bersambung :P
.
.
Agak-agaknya.. apa ye yang buatkan Aril rindu sangat dekat ayah dia. hmm kemana ayah dia pergi ? hidangan apa yang ayah dia sering beri? nantikan sambungan cerita Mata yang seterusnya. macam biasa cerpen bersiri saya hanya ada enam episode so selamat menunggu dan terima kasih sebab sudi baca. jangan lupa comment and kalau best sila sebarkan pada rakan - rakan yang lain tau.
.
.
lot of love,
Q

0 comments:

Post a Comment