cintagengsta - eps 4

Alya pandang wajah abangnya penuh tanda tanya. ‘apasal abang aku ni?.. buang tebiat ke? Senyum dekat siapa tah tuh.’ Dengan pantas tubuh abangnya itu dihampiri.
.
.
“ Baaaaa !.” sergah Alya besertakan tepukan kuat di belakang abang tunggalnya itu.
.
“eh kau siapa?!”  latah hairul dengan kuat. Alya ketawa mendengar latahan abangnya.
.
“ Adoi. Abang kau melantah bang?.” Soal Alya mengusik abangnya.
.
“haihhhh.. Buat orang sakit jiwa jelah kau ni. Tak boleh ke tegur elok-elok?, bagi salam ke, ada gak baiknya dari sergah orang macam tuh.” Marah Khairul . matanya menjeling kearah adik bongsunya.
.
“eleh.. nak marah pula. Kau yang senyum memanjang apasal?, gila gamaknya.” Balas Alya bersahaja. Tanpa menghiraukan jelingan abangnya. Alya mengambil tempat di sisi abangnya itu.
.
“dik.. Aku nak tanya sesuatu boleh tak?.” Pertanyaan khairul membuatkan alya hilang tumpuan untuk menonton drama kegemarannya. Seperti ada sesuatu yang menarik je untuk diketahui.
.
“Haa.. Tanya lah..” Mata Alya sudah tertumpu pada khairul.
.
“ Ada tak budak batch kau minat aku ?.”
.
.
“hahahhhahaaahahhahahahahhaa… Asal kau tanya bebukan ni? Kau demam ke bang.?” Soal alya beserta tawa.
.

“ Asal kau gelak?, tak kelakar okay, aku tanya bebetul ni dik.” Ucap khairul tanda dia tidak bergurau.
.
“Sebelum ni kau tak pernah nak ambik kesah pun? Ramai je minat kau , kan kalau buat sambutan ‘kasih kawan’ tuh ramai bagi kau hadiah, kad ucapan segala. Naik menyampah aku tengok. Tapi kau tak layan pun.” Balas Alya dengan panjang lebar. Sambutan kasih kawan adalah stu program bagi pelajar memberi hadiah antara satu sama lain agar rasa dihargai. Dan makhluk paling banyak hadiah adalah khairul. Walaupun dia ketua gangster tapi kerana kebijakan dan kekacakkan nya dia tidak mampu menolak dari diminati. Cuma selalunya yang minat khairul ni tak berani nak tunjukkan diri. Maklumlah ada satu kejadian yang buatkan crush – crush khairul tidak berani untuk menghampiri dirinya yang berwajah beku itu.
.
“kau nak tau tak dik?.” Soal khairul lagi.

.
“ Tahu apa pulak ?.” soal Alya.
.
“Tadi aku macam biasa kat perpustakaan. Letih gila study aku tidur lah kejap, tetiba kan dik aku macam dengar orang sebut nama aku. Aku bukak je mata aku  nampak budak perempuan blah . and dia bagi aku stiknote dik. Dia lekat buku aku. Seram doh.” Cerita Khairul tanpa ragu. Kerana mereka hanya dua beradik segala rahsia mereka berkongsi bersama. Alya hanya mampu menahan senyum.
.
“ Asal kau rasa seram pulak bang?. Sweet doh, hmm.. untung lah muka kacak. Sampai ada orang crush.” Ucap alya .
.
“eh dik, selalunya kau gelilah apalah kalau aku cakap pasal ada orang minat aku. Ni okay pula.”ucap khairul aneh dengan sikap adiknya.
.
"Aku rasa biasa je kau ni abang bebukan lah , tapi macam menarik pulak crush kau kali ni bang." ucap Alya dengan senyuman penuh mkna.

" Menarik apanya? ngeri adalah." balas khairul seraya mengalih siaran television.
.
.
bersambung :)


- sorry lambat sambung cerita ni. busy gila. dengan final exam yang aku risau gila . fuh.. dengan krisis hati tak taulah lah. aku cub gak cari feel nak tulis cerita cinta apa semua. hahaha.. buts sapa sudi baca cerita ni aku betul - betul hargai. thanks . plis terus support. in shaa Allah aku akan lebih gigih update lepas ni. maklum dah jadi penganggur tetap ni. hahaha. aku tengah ushakan satu novel ni.and ku harap boleh lah dia diterbitkan. hehehehehehe.. wish me luck guys.


lot of  love,
Q

0 comments:

Post a Comment