cintagengsta -eps6
Syifa tarik nafas bekali - kali .Debar dihati masih dirasai. Ya ! syifa berjaya melakukannya.
" kau dari mana ha?" soalan alya ternyata membuatkan jantung syifa seakan berhenti.
" ya Allah , kau asal ni Syifa ? Gaya macam baru buat jenayah and polis tengah buru kau... kalau betul pun kau buat jenayah bagitahu aku awal - awal aku taknak bersubahat dalam menyembunyikan penjenayah." Alya menambah ayatnya apabila soalan pertamanya tidak mendapat sambutan dari syifa.
" Syifa aku tanya kau ni..kau dari mana.."
" haiihhh.. bagi aku bernafas dulu boleh tak? , aku penat ni buat larian pecut."
" uishh.. kau buat larian pecut tengah hari buta ni asal ?."
" kau nak tahu something tak ? aku buat kerja gila harini alya... "
mendengar kata - kata dari syifa buat alya teruja.
" haaa... kau buat apa kali ni?. mesti dengan khairul kau tuh lagi kan ? ." soal alya penuh keterujaan yang tidak dapat diselindung.
" haaa.. meh aku cerita..."
(>.<)
Pagi itu syifa nekad untuk tunjukkan diri. Dia mahu khairul sedar aka perasaannya. walaupun banyak desas - desus yang mengatakan khairul takkan melayan sesiapa yang menyatakan perasaan suka terhadapnya. Syifa masih mahu mencuba nasib. Baginya segalanya boleh terjadi tetapi dia taknak terus meminati Khairul dalam diam . Dia taknak menyesal dikemudian hari kerana tidak meluahkan perasaan sukanya itu terhadap khairul.
Sesi pembelajaran berjalan seperti biasa. syifa menanti dengan sabar waktu rehat yang bakal menjelma tidak lama lagi.
" ring ..."
bunyi lonceng yang ditunggu akhirnya tiba. kaki Syifa pantas melangkah ke arah libbary . rak paling hujung dituju. namun perasaannya musnah semangat nya merundum apabila melihat khairul tiada di tempat pembaringan.
" aishhh... time aku semangat lah mamat ni tak datang libary.. "
syifa mencari buku yang menarik untuk dibaca sementara menunggu khairul datang . tetapi sehingga habis waktu rehat . khairul tidak memunculkan diri. syifa mengeluh perlahan . langkah perlahan di ambil menuju ke kelas.
" kau asal muka monyok je.. encik crush kau tak ada ke ?" soalan alya dijawab dengan anggukkan .
"aishhh... geram lah aku .. dalam banyak - banyak hari asal hari ni yang di tak datang libary.." syifa meluahkan rasa tidak puas hatinya. Alya mendengan dengan senyuman dibibir.
" maybe dia ada hal kut.. kau relax lah.. dah kau boleh tidur sebab cikgu mai gi kursus."
" hmm nasib.. aku tak ada mood nak belajar hari ni... haihh lah.. eh alya teman aku gi toilet ."
"toilet? , malas lah aku baru dari sana ... "
" alaaa .. yeke? hmm tak apa lah aku gi sorang jelah.." dengan malas syifa berjalan perlahan menuju ketandas.
selepas selesai segala urusannya ditandas syifa keluar dari tandas tersebut . mata syifa kembali bersemangat apabila melihat tubuh yang berada agak jauh darinya .. tubuh itu nampak keletihan.. syifa lihat disekitar kawasan tempatnya berdiri. sejambak bunga kertas yang sedang mekar menarik minat matanya.
"maaf cik tukang kebun. saya mintak setangkai bunga kertas ni ye.." syifa mengumam perlahan seraya mematahkan tangkai bunga kertas yang sedang lebat bungta nya itu.. bersama bunga ditangan. tubuh khairul yang menghala ke arahnya juga semakin hampir. segala malu ditolak tepi. semagat kekutan dikumpul untuk memberanikan diri. syifa mehalang langkah khairul. khairul agak terkejut dengan tindakkan gadis yang tidak dikenali namanya itu. ye khairul tahu gadis ini sahabat baik adiknya.
khairul ke kiri , syifa turut ke kiri. khairul ke kanan , syifa pantas ke kanan juga.
" ada apa halang jalan aku ni? banyak lagi kan ruang belah sana tu." ucap khairul dengan nada malas tetapi matanya lebih tertumpu pada bunga yang ditangan syifa.
syifa menarik nafas sebelum mengangkat wajahnya untuk memandang khairul. senyuman nipis tapi penuh keikhlasan dihulur syifa untuk khairul. wajah khairul masih tidak beriak . badan khairul beku apabila wangian pada tubuh gadis itu masuk kedalam rongga hidungnya. dia kenal bau ini. tanpa fikir panjang bunga kertas tadi dimasukkan kedalam poket baju khairul. sesudah itu dengan sepantas kilat syifa melarikan diri dari pandangan khairul.
khairul yang masih kaku di situ perlahan - lahan mengukir senyum.
" akhirnyaa..."
syifa berlari sepantas kilat masuk ke kelasnya .
(^,^)
" haa... gitu lah ceritanya beb.. sumpah aku malu habis ni.. haihhh.. "
" hahahhhahhahhahahha .. weh sumpah kelakar cerita kau ni.. waduh.. asal lah kawan aku lawak nak mampus.. " alya ketawa tidak behenti.. senak perutnya mengenangkan perangai sahabtanya yang seorang ini..
" ishh jangan lahh ketawakan aku. sumpah beb . aku malu habis ni."
" hahaha.. tak sekrang ni .. kau tau tak bahagian mana palingt kelakar? , "
" hmm .. bahagian mana .? saja je kau ni kan...? " soal syifa sambil melepas keluhan melihat alya yang masih tidak berhenti tertawa.
" part bunga kertas tuh.. weh macam mana otak kau boleh terpikir nak petik. waduhh.. sumpah lawak. , apa lah agaknya abang aku fikir ..." alya tanpa sedar akhirnya terlepas cakap
" Abang? apa kena abang kau dalam cerita aku ni? , " soal syifa dengan kerutan . wajah penuh gabra alya di pandang aneh.
" emmm.."
bersambung :)
what will be happen? huhuhu... adakah alya akan berterus terang? macam mana pula tindakan khairul? apa maksud khairul dengan "akhirnya.." cerita ni mungkin akan tinggal dua part atau satu je.. sebab phone sis la maujud. kahkah... kalau ada typo apa semua harap sudi di maafkan.
maaf sebab sangat jarang update.. kepada yang sudi baca and masih setia dengan blog ni.. thanks sangat- sangat.. i purple you <3 take care yourself , be happy with yourself because nobody will stay forever by your side. kalau sudi tinggalkan comment pape dibawah..
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 comments:
Post a Comment