Fav lagu

Assalamualaikum and hai semua ... 

How  sihat? Masih lagi berceloteh. Entah kenapa lagu ni macam menarik sangat maksudnya. Aku tertarik dengan maksud lagu ini yang bagi dia cukup hanya dapat senyuman dari dia. Menarikkan?  Ke aku je rasa? Ye lah, aku je yang rasa ..  hahhaaha. Aku kan banyak sangat kekurangan so sangat malu nak confess ke apa ke. Sebab apa? Sebab malu lah. Hahahha. 

Yup. Aku banyak sangat kekurangan dari pelbagai aspek so bagi aku minat dalam diam dan minat dari jauh pun cukup lah. Aku tengok je kawan - kawan aku yang terlajak berani meluahkan isi hati. Sumpah aku bukan macam tuh. Kalau aku berani luah cakap suka bagai tuh maknanya aku tak minat mana pun. Aku sanggup pendam sampai perasaan tuh hilang dan terpadam. 

Orang yang kenal aku akan tahu aku macam mana kalau dekat depan orang yang aku minat. Aku akan jadi sangat lain . . Lain bukan hipokrit ke apa tapi berkelakuan aneh. Hahahhahahhahhaa. Aku masih menjalani hidup sebagai pelajar banyak lagi impian aku yang masih diawangan - awangan  jadi aku tahu perjalan masih jauh. masih banyak masa. Masih banyak benda yang boleh teroka. Masih banyak lagi benda akan meluka. Banyak lagi insan akan hadir dan pergi. Jadi setakat ini biarlah kita suka minat atau apa sahaja biar jadi rahsia hati dengan ilahi. 

Sekarang cukup kut kalau dapat tengok senyuman dari dia je. Hahahhahahhahhahaha. Saja je merapu kat entry ni .. sebab tak ada idea nak buat cerita selepas Cerpen Jerut tuh. Dah ada dah rangka cerita .. tapi tuh lah masih dalam proses kan. ahhahahhaha apa - apa pun nantikan okay cerita terbaru. hehehhehe. Okay tuh je buat masa sekarang ni. Take care and aku doakan korang semua akan berbahagia selalu.

0 comments:

Post a Comment